Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan JPNS Pin.-1

PIAGAM PELANGGAN
JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR

Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan berkualiti seperti berikut:

1. Khidmat perundingan pengembangan dan nasihat teknikal akan diberi selewat-lewatnya 
    7 hari bekerja dari tarikh terima permohonan.

2. Kelulusan permohonan projek-projek pertanian / Industri Asas Tani (IAT) akan       
    dimaklumkan sebelum Mac setiap tahun.

3. Aduan pelanggan akan dijawab dalam tempoh 14 hari bekerja.

4. Setiap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan dilawat 
    sekurang-kurangnya sebulan sekali.

5. Pasukan Pakar Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) akan melawat setiap projek 
    TKPM sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun.

6. Pasukan Pakar IAT akan melawat setiap projek IAT sekurang-kurangnya 2 kali dalam 
    setahun.

7. Pasukan Pakar Usahawantani akan melawat setiap projek usahawan tanaman sekurang-
    kurangnya 2 kali dalam setahun.

8. Menyediakan surat pengesyoran tukar syarat tanah, pindah milik tanah dan pecah 
    sempadan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh terima permohonan.

9. Menyediakan surat pengesyoran lesen senjata api, pindah milik senjata api dan     
    pembaharuan lesen senjata api dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh terima 
    permohonan.

10. Menyediakan surat sokongan / pengesyoran kelulusan permohonan pekerja asing 
      (buruh asing) dalam tempoh 14 hari bekerja.
 
Disahkan oleh,
 

____________________________
(MOHAMAD IDRUS AB.HAMID)
Timbalan Pengarah Pertanian Negeri
b/p: Pengarah Pertanian Negeri

Tarikh : 7hb November 2012