Visi dan Misi

MISI
Misi JPNS adalah untuk memberi perkhidmatan berkualiti dan berkesan kepada pengusaha-pengusaha pertanian di dalam penggunaan teknologi tanaman dan industri hiliran serta khidmat regulatori pertanian untuk meningkatkan daya pengeluaran serta memastikan keselamatan sektor pertanian negara.


VISI
Ke arah industri pertanian yang berdaya saing, produk berkualiti serta selamat, pengeluaran mesra alam serta berorientasi eksport.


PERKHIDMATAN TERAS
  • Memberi khidmat pengembangan pertanian dalam pengeluaran bahan yang mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.
  • Menguatkuasa akta-akta yang menjaga keselamatan, kualiti dan melindungi industri pertanian negara dari ancaman perosak dan penyakit luar serta memudahkan perdagangan antarabangsa.

MISI PERKHIDMATAN PELANGGAN

                                     
 "ANDA KAMI UTAMAKAN"