Latarbelakang Daerah

SEJARAH DAERAH 

Daerah SepangDaerah Sepang adalah daerah bongsu bagi Negeri Selangor Darul Ehsan. Ia terletak di bahagian selatan Negeri Selangor Darul Ehsan, bersempadan dengan Daerah Hulu Langat, Daerah Kuala Langat dan Daerah Petaling. Daerah Sepang juga bersempadan dengan Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Jika dilihat dari pandangan atas, Daerah Sepang adalah berbentuk hulu sebatang keris, memanjang ke arah selatan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban di sempadan sebelah timur sehingga ke kampung Sg. Buah/Bukit Unggul.
Di sebelah baratnya pula, adalah Daerah Kuala Langat, sementara Daerah PetalinDaerah Sepangg menjadi jiran di sebelah utara. Di sebelah selatan pula, Daerah Sepang terbuka menghadap Selat Melaka.Mengikut sejarah awal, nama Daerah Sepang diambil bersempena dengan nama pokok yang banyak tumbuh di daerah ini, iaitu pokok Sepang. Pada awalnya, daerah ini merupakan kawasan-kawasan daerah kecil Kuala Langat (Mukim Sepang dan Mukim Labu) dan Hulu Langat (Mukim Dengkil). Kawasan-kawasan ini kemudian digabungkan menjadi satu daerah baru. Daerah Sepang mencapai taraf Daerah sepenuhnya pada 1 Januari 1975.
Semasa awal penubuhannya, Pusat Pentadbiran Daerah Sepang terletak di Pekan Sepang. Apabila Kerajaan Persekutuan telah memilih Daerah Sepang untuk menempatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pusat Pentadbiran Daerah Sepang telah dipindahkan ke Bandar Baru Salak Tinggi yang juga dikenali sebagai Bandar Lapangan Terbang (Airport City).
 
 


Negeri: Selangor Daerah: Sepang
Luas Keseluruhan: 55,551 Ha
Luas Hutan Simpan Kekal: 374.56 Ha
Luas Kawasan Pertanian: 14,579.1 Ha

Penduduk: 129,800

Bil. Pelanggan: 2,200
 Kawasan Parlimen: P.113 Sepang
Nama : YB Hanipa Maidin

DUN:
1. Dengkil (YB Shahrum b. Moahd Sharif)
2. Sg.Pelek (YB Lai Nyuk Lan Won))
3. Tanjung Sepat (YB Ir Hj. Mohd Haslin b. Hasan)






Bil. Penduduk (Etnik): 129,800
1. Melayu: 86,200
2. Cina: 15,800
3. India: 23,900
4. Orang Asli: 2,7005. Lain-lain:1,200

Bilangan Keluarga Isi Rumah Termiskin: 696
1. 365 (RM 719.00)
2. 331 (RM 419.00)












1.   Kg. Pulau Meranti: 3,400 org
2.   Kg. Dengkil: 3,920 org
3.   Kg. Semarang: 2,050 org
4.   Kg. Jenderam Hulu: 2,500 org
5.   Kg. Jenderam Hilir: 2,500 org 6.
6.   Kg. Sg Buah: 1,100 org 7.
7.   Kg. Limau Manis: 1,400 org
8.   Kg. Desa Putra: 1,450 org
9.   Kg Sg Merab: 5,210 org
10. Kg. Dato' Abu Bakar Baginda: 3,400 org
11. Kg. Baru Seri Dengkil: 4,000 org










  1. Kg. Salak Tinggi: 3,200 org
  2. Kg. Labu Lanjut: 2,996 org
  3. Kg. Giching: 1,380 org
  4. Kg. Baru Salak: 2,500 org 










 






    1. Kg. Bkt Bangkong: 3,000 org
    2. Kg. Ulu Chuchuh: 2,000 org
    3. Kg. Ulu Teris: 1,500 org
    4. Kg. Jelutong Indah / Batu 4: 1,200 org
    5. Kg. Tg Mas, Batu 2: 1,000 org
    6. Kg. Bagan Lalang: 2,000 org
    7. Kg. Baru Sepang: 3,500 org
    8. Kg. Baru Sg Pelek: 11,032 org